14 May 2011

Nuffnang perkenalkan Grapevine

Nampaknya program jana pendapat baru pula muncul oleh Nuffnang. Sop baru sahaja tengok-tengok dan secara teori adalah menarik yang mana semua boleh share ads dan sama-sama jana pendapatan.

Mula-mula agak kurang faham juga dengan sistem iklan Grapevine ini. Bila cuba satu baru tahu bagaimana ia berfungsi. Selepas kita share iklan Nuffnang dari blog atau web, kita perlu hantar varifikasi emel melalui butang di bawah iklan. Setiap iklan Grapevine yang kita share, link ID akan dibina secara automatik.

Setiap jenis iklan yang penting ialah menjana pendapatan. Jika ia mampu memberi hasil yang baik, pasti ia memuaskan banyak pihak. Namun jangan berlaku tamak denfan melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kerana jika pihak pengiklan tidak berpuas hati, blogger juga yang rugi.

Apa lagi maklunat tambahan mengenai iklan Grapevine yang anda tahu? Sila lah kongsi yer. :)


EmoticonEmoticon