06 May 2011

Menonton filem Fast & Furious 5



Salam 1 Malaysia,

Sudah menonton filem Fast 5 atau Fast and Furious 5?

Sop baru sahaja selesai menonton petang tadi bersama Mrs Sop. Filem ini dalam kategori 18 dan oleh itu anak-anak tidak boleh di bawa. Sebelum ini jika filem di bawah kategori 18 memang kami tidak menonton kerana susah hendak tinggalkan anak-anak. Namun kali ini kami terpaksa tinggalkan anak-anak kerana filem yang diminati dan telah diikuti dari siri yang pertama.

Fast 5 memang filem yang sangat menarik dan ia melebihi dari kehebatan siri-siri sebelum ini. Bukan sahaja jalan cerita tetapi juga aksi yang diketengahkan. Secara keseluruhan filem ini sangat menarik dan harus ditonton.

Sinopsis?

Ia adalah sambungan kepada siri sebelum ini yang mana selepas Dom diselamatkan, mereka telah lari ke Rio. Mereka yang terlibat ialah Brian dan Mia. Semasa di Rio, mereka telah terlibat dengan kumpulan yang paling berkuasa di Rio setelah menjalankan aktiviti merompak kereta. Sejak itu, mereka menjadi buruan utama geng Reyes dan juga FBI diketuai oleh The Rock.

Setelah mendapat maklumat dari cips kereta yang dirompak, mereka mendapat rancangan intuk merompak wang milik Reyes yang berjumlah ratusan juta. Sejak itu mereka mula memanggil semua rakan-rakan sebelum ini yang terlibat dalam siri-siri sebelum ini.

Adakah rancangan mereka berjaya? Adakah The Rock berjaya menangkap mereka?

Ikuti cerita sepenuhnya di panggung yang berdekatan. Jika cerita habis nanti, tidak menjadi kejutan pula kan? Huhuhuhu

Apa-apa pun, cerita ini Sop boleh rate markah penuh!



Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon