23 May 2011

Berkelah di Teratak Angah, Kampung Kemensah, Hulu Klang

Salam 1 Malaysia semua.

Entry sebelum ini Sop ada bercerita mengenai beberapa chelet yang terdapat di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Klang. Kali ini Sop ingin memamparkan gambar aktiviti perkelahan kami di Teratak Angah, Kampung Kemensah.

Terdapat beberapa chelet yang disediakan oleh Teratak Angah. Kos untuk sewaan harian iaitu jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ialah RM50 manakala jika bermalam ialah RM80 sahaja. Jika ingin menggunakan tempat BBQ, sewaan RM10 dikenakan dan arang tidak disediakan. Kami hanya mengambil sewaan harian sahaja dan chelet nombor 9 menjadi pilihan.

Dalam chelet, disediakan plug elektrik yang mana anda boleh memasak nasi atau air. Untuk makluman, kipas tidak disediakan di dalam chelet. Jika rasa panas, mandi sahaja dalam sungai dan anda pasti akan kesejukkan. Malah suasana yang segar di kawasan tersebut tidak memerlukan anda untuk menggunakan kipas.

Aktiviti yang kami lakukan semasa berkelah di Teratak Angah ialah mandi manda dan BBQ. Azfar dan Azwar sejak sampai hingga petang, sentiasa bermain air sehingga bibir kelihatan biru. Walaupun kesejukkan, mereka masih sukar untuk naik. Di sungai tersebut, terdapat banyak anak ikan yang berada di sekitar. Kesempatan tersebut digunakan oleh Azfar dan Azwar memberi makan. Sungguh seronok apabila ikan-ikan tersebut makan di tangan. Kami cuba untuk menangkapnya malangnya tidak berjaya. Hanya seekor sahaja anak ikan berjaya ditangkap menggunakan plastik.

Pada hari tersebut, pengunjung adalah ramai yang mandi manda. Chelet kelihatan agak penuh dan pengunjung yang tidak sewa chelet pun ramai. Karaoke disediakan dipondok utama kepada sesiapa yang berminat. Sepanjang perkelahan kami, terdapat sahaja mereka yang menyanyi.

Jika kesempatan, singgahlah ke Sungai Kampung Kemensah untuk menghayati keindahan alam sekitar.

Galeri gambar:
























3 comments:

  1. Tumpanye tnye.. ade contact no ni tk..nk sewa sehari kt snie.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk gambar di bawah untuk no telefon:
      http://lh6.ggpht.com/_aubEVxLdihI/TdkaFcyvCcI/AAAAAAAAJdE/VG6CyXPePh0/s288/1306074255395.jpeg

      Delete
    2. 019-2897294
      019-2955710

      Delete


EmoticonEmoticon