01 May 2011

Berkelah di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson



Cuti hari ini apa aktiviti anda?

Sop dan keluarga ke Port Dickson untuk berkelah di Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon. Ia terletak di 2 kilometer dari Pantai Teluk Kemang. Ini adalah kali pertama Sop singgah ke Tanjung Biru ini. Tadi kami terlajak dari simpang untuk masuk ke pantai ini kerana dalam peta GPS ia tidak dipaparkan. Untuk senang, guna penanda peta Ilham Resort.

Terdapat papan tanda arah ke Tanjung Biru tetapi saiz yang agak kecil mudah untuk terlepas pandang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula pada jam 7.00 pagi dari rumah. Kami keluar awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan untuk mendapat tempat yang baik di pantai. Seperti biasa, jika diwaktu cuti Port Dickson pasti menerima jumlah pengunjung yang ramai. Ketika kami sampai di Pantai Tanjung Biru, jumlah pengunjung telah ramai. Ruang parkir di sekitar Tanjung Biru telah pun penuh. Setelah park kereta, kami mula mencari ruang yang baik untuk didirikan khemah. Kami tidak mempunyai banyak pilihan kerana ramai pengunjung telah mendirikan khemah dan hampar tikar. Namun begitu, kami masih dapat mencari ruang yang terbaik untuk dijadikan ruang port kami.

Ketika ini, air laut masih surut. Untuk mandi, kami perlu berjalan jauh ke depan pantai. Beberapa aktiviti menarik dijalanlan di pantai ini seperti jetski, kayak, banana bot dan mandi manda. Kami hanya mandi manda sebentar sahaja kerana cuaca agak panas. Azfar dan Azwar kemudian lebih banyak bermain pasir di depan khemah.

Pada jam 2.00 petang, kami mula bersiap untuk ke penginapan kami iaitu The Lagend Water Chalet, Port Dickson. Ikuti mengenai tempat penginapan kami dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:








Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon