22 May 2011

Berkelah di Kampung Kemensah, Hulu Klang


Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan

Apa cerita hari ini? Semoga sentiasa dalam keadaan ceria.

Sop dan keluarga hari ini telah pergi berkelah di Kampung Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara. Buat makluman, ini adalah kali pertama Sop berkelah di sini. Minggu lepas kami telah ke sana untuk membuat tempahan chelet. Beberapa tempat telah disinggahi untuk mendapat kawasan perkelahan yang terbaik.

Sekitar Kampung Kemensah terdapat beberapa chelet yang disediakan untuk pengunjung. Anda boleh memilih chelet mengikut keselesaan dan kesesuaian. Terdapat chelet yang memerlukan tempahan sehingga sebulan untuk hari minggu kerana jumlah pengunjungyang ramai. Sop sangay suka dengan Chelet Cheli tetapi tiada kekosongan untuk masa terdekat. Kawasan sungai sekitar Cheli Chelet sangat menarik dan bersih.

Oleh itu, kami mencari chelet yang lain untuk perkelahan lami. Kami membuat tempahan di chelet Teratah Angah yang mana terdapat beberapa chelet yang masih kosong.

Kenapa perlu sewa chelet?

Jika berkelah di Kampung Kemensah, anda boleh untuk menyewa atau tidak chelet. Ramai juga yang hanya datang untuk mandi manda sahaja. Biasanya di kawasan chelet, hanya parking kenderaan yang dikenakan bayaran.

Untuk keselesaan, lebih baik berkelah di kawasan chelet kerana terdapat kemudahan yang disediakan seperti tandas dan bilik persalinan. Malah ada chelet yang nenyediakan surau untuk kemudahan pengunjung bersolat.

Kami memilih untuk menyewa chelet untuk lebih keselesaan. Dengan adanya chelet kami boleh mudah menyimpan barang, berehat, menukar pakaian dan solat.

Ikuti entry mengenai perkelahan kami di Teratak Angah, Kampung Kemensah dalam entry seterusnya.















Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon