31 May 2011

Berkelah di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu

Salam 1 Malaysia rakan-rakan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.

Ini adalah story mengenai Sop bercuti di kampung Terengganu. Dalam entry sebelum ini Sop ada bercerita mengenai perancangan kami untuk ke Air Terjun Sekayu, Kuala Berang.

Pejalanan bermula pada jam sebelas dari kampung. Pada asalnya kami merancang untuk bertolak lebih awal tetapi Azfar kurang sihat pada pagi tersebut, Sop membawanya dahulu ke klinik. Singgah ke klinik pada jam 8.00 pagi tetapi doktor mula bertugas jam 9.00 pagi dan memerlukan kami menunggu terlebih dahulu. Kesempatan tersebut digunakan untuk bersarapan dahulu. Sarapan apa?
Menu biasa di Kuala Terengganu iaitu keropok lekor. Anda biasa? Huhuhuhu

Perjalanan ke Air Terjun Sekayu memakan masa lebih kurang 1 jam. Perjalanan secara konvoi iaitu 3 buah kereta memakan masa yang lebih lama. Untuk masuk, setiap kereta dikenakan bayaran RM 1 sahaja untuk bayaran parking.

Pengunjung pada hari Ahad tidak ramai berbanding hari cuti umum atau hari minggu. Oleh kerana cuti sekolah, pengunjung tetap ada.

Selepas mendaftar nama, kami membuat sewaan troli untuk mengangkut barang perkelahan. RM2 untuk setiap troli dan ia sangat memudahkan untuk kami mengangkut barang perkelahan.

Selepas mendapat tapak yang sesuai iaitu di bawah pondok, aktiviti membakar ikan dimulakan. Ahli keluarga lain ada yang memulakan mandian.

Air Tenjun Sekayu masih cantik seperti dulu-dulu yang mana air masih jernih dan kemudahan adalah lengkap. Papan-papan amaran dan peringatan juga dipasang untuk maklumat pengunjung. Tahniah kepada pihak yang menguruskannya.

Aktiviti mandi manda diteruskan sehingga jam 2.00 petang dan selepas solat Zohor, ahli keluarga lebih ramai berada di pondok untuk makan-makan. Cuaca juga agak mendung seperti hendak hujan. Sop dan keluarga turut bersiap dan makan-makan. Lebih kurang jam 3.00 petang, hujan mula turun dan agak lebat. Selepas beberapa ketika hujan turun, siren amaran dibunyikan oleh pihak yang menguruskan Air Terjun Sekayu. Langkah yang baik untuk memberi amaran kepada pengunjung tentang arus deras untuk mengelak kemalangan.

Agak lama juga kami terkandas di pondok tersebut. Setelah hujan agak reda, kami mula bergerak ke kereta untuk pulang.

Galeri gambar:


















EmoticonEmoticon