28 April 2011

Tips mudah membeli laptop


Ingin membeli laptop?

Tidak tahu pilihan macam mana?

Tips ini ada ditanya oleh Mama Yatie semalam bagaimana untuk membeli laptop. Jika dicari dalam Google, memang ramai yang memberi tips yang berkaitan. Tetapi apabila realiti ke kedai, lain pula jadinya kerana terlalu banyak pilihan.

Bagi Sop, setiap laptop lebih kurang jenis ketahanan dan prestasi. Perbezaan hanya sedikit-sedikit sahaja antara setiap jenis. Biasanya perbezaan spec boleh dilihat berdasarkan perbezaan harga.

Apa yang perlu dilihat pada sebuah laptop?

Bagi pengguna tegar, prestasi sesebuah laptop menjadi ukuran. Untuk lihat prestasi, sila rujuk prosessor, ram dan saiz hard disc. Lebih besar saiz, lebih power laptop anda. Itu adalah basic untuk sesebuah laptop. Jika hendak diperinci lagi, boleh lihat jenis motherboard, kad grafik dan sebagainya.

Biasanya jika rakan-rakan ingin pendapat untuk beli laptop, Sop cadangkan untuk melihat bajet harga, jenis dan bentuk terlebih dahulu. Biasanya bajet tertentu untuk spec yang tertentu. Contohnya untuk lingkungan harga RM 2,000 ke bawah, laptop yang boleh diperolehi agak rendah dari segi prosessor. Harga RM 2,000 ke RM 3,000 pula, spec laptop akan lebih baik dan memuaskan. Jika anda ke kedai, penjual biasanya akan tanya bajet anda dan cadangan laptop akan diberikan.

Selain itu, harga juga akan bertambah apabila spec lain bertambah seperti bluetooth, HDMI Port, buit in broadband dan sebagainya. Ia bergantung kepada jenis laptop dan model.

Harga juga berbeza apabila jenis sistem operasi yang digunakan (OS) seperti xp, vista dan windows 7. Harga akan lebih murah jika OS tidak sah (tidak ori) yang digunakan.

Brand laptop mana paling tahan?

Ia bergantung kepada cara penggunaan laptop tersebut. Jika diguna dengan baik, laptop akan lebih berdaya tahan. Sebaiknya jangan terlalu guna secara heavy duty kerana laptop agak terhad kemampuannya berbanding PC. Apa yang sering rosak pada laptop ialah motherboard. Ia mudah terjadi apabila pengudaraan kurang baik di bawah laptop.

Rumusannya, untuk beli laptop ialah merujuk kepada bajet. Spec asas seperti prosessor, hard disc, ram dan hardware lain perlu diambil perhatian. Pilih saiz, bentuk, jenis untuk keselesaan dan minat anda. Untuk tidak terlalu berat, beli laptop yang lebih kecil. Design laptop direka pelbagai untuk memenuhi citarasa anda.

Tips-tips lain yang penting, mungkin rakan-rakan boleh tambah.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon