23 April 2011

Special ride for special children 2011

Siapa singgah ke Dataran Merdeka pagi tadi?
Jika anda ke sana pasti tahu apa aktiviti yang diadakan di sana pagi tadi iaitu program beramah mesra antara bikes dengan murid Pendidikan Khas. Tujuan penganjuran program ini ialah mendekatkan murid pendidikan dengan dunia luar, memberi peluang kepada murid dan juga meraikan murid-murid Pendidikan Khas. Terdapat banyak lagi objektif daripada program ini.

Ratusan motosikal berkuasa tinggi telah hadir ke acara ini. Ia terdiri daripada club penunggang dan juga persendirian. Beberapa aktiviti telah dirancang oleh penganjur seperti senamrobik, membawa murid pendidikan khas menaiki motosikal dan kereta mewah, pertunjukan aksi motosikal, pameran, jualan, nyanyian dan lain-lain lagi.

Sop sampai di Dataran Merdeka pada jam 7.30 pagi dan ketika itu telah ramai bikers yang telah tiba dan mendaftar. Murid-murid Pendidikan juga ramai yang telah sampai. Sop seronok betul melihat motor-motor yang belum pernah lihat sebelum ini.

Galeri gambar:
















































































EmoticonEmoticon