15 April 2011

Polis Kenal Pasti Lelaki Dalam Video Seks



Mesti ramai yang hendak mengetahui maklumat lanjut mengenai kes ini. Harap ia boleh selesai dengan segera untuk menjawab pelbagai persoalan umun.

KUALA LUMPUR 14 April - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan.

"Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit.

"Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara.

Selain enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Ismail turut tidak menjelaskan lokasi rakaman itu dibuat dan pihak yang mendalanginya kerana mengikut prosedur siasatan ia tidak boleh diberitahu ketika ini.

Ditanya sama ada lelaki yang melakukan seks dalam rakaman tersebut akan dikenakan tindakan, beliau berkata, polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut setelah siasatan selesai dilakukan.

Ismail memberitahu, polis juga setakat ini belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan jenama Omega daripada pengedarnya.

"Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Katanya, siasatan mengenai rakaman video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon