Pasar malam - Apa yang best?
Anda selalu ke pasar malam?
Ada yang menjadikan ke pasar malam sebagai satu rutin kerana terdapat banyak perkara yang boleh dibeli atau dilihat. Teringat zaman sekolah-sekolah dulu, pasar malam dijadikan tempat untuk jalan-jalan dan tempat untuk berjumpa rakan-rakan.
Sekarang pasar malam antara tempat untuk beli makanan atau barang keperluan. Contoh Pasar Malam Setapak Jaya menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah, mainan, buah-buahan dan lain-lain lagi.
Azfar dan Azwar pun suka ke pasar malam kerana terdapat banyak gerai menjual alat permainan. Jika ke pasar malam, hanya tempat mainan yang disinggah dan tidak akan ke tempat lain lagi. Kemudian sangkut kat gerai tersebut hingga balik. Kami tidak lagi ajar membeli mainan kerana rumah sudah dipenuhi dengan mainan dan tidak mahu dijadikan rutin ke pasar malam untuk dapatkan mainan sahaja.
Anda bagaimana pula?
Posted via My Galaxy Tab
EmoticonEmoticon