22 April 2011

Menonton filem Red Riding Hood



Salam sejahtera kepada semua.

Apa cerita hari ini?

Hari ini kami sekeluarga ke TGV Wangsa Walk untuk menonton filem Red Riding Hood. Anda sudah menonton?

Jika sudah, mesti sudah tahu mengenai apa. Jika belum, boleh lah baca review sedikit mengenai filem ini.

Ia mengisahkan tentang serigala kejadian yang menghantui penduduk sebuah kampung. Penduduk mula kecoh apabila seorang penduduk telah meninggal kerana serigala kejadian tersebut.

Seorang paderi yang dari luar telah hadir ke kampung tersebut untuk memusnahkan serigala tersebut. Dalam kiraan beliau apabila bulan merah penuh, serigala tersebut akan mencari pengganti menyambung warisan serigala kejadian.

Terdapat aksi-aksi menarik dalam cerita ini. Paling menjadi tanda tanya ialah siapa sebenarnya serigala jadian tersebut. Mereka percaya yang serigala kejadian itu terdiri daripada mereka.

Sop mulanya menyangka yang nenek heroin tersebut adalah serigala jadian tersebut. Ini kerana masa itu, penceritaan sengaja dijadikan penonton tertanya-tanya. Mungkin teman lelaki heroin? Mungkin sesiapa sahaja!

Akhirnya dapat tahu dihujung cerita apabila penonton didedahkan dengan perkara sebenar. Siapa serigala kejadian tersebut?

Kenalah menonton filem ini. Huhuhuhu

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon