09 April 2011

Memasukkan forum ke blog anda

Forum merupakan salah satu tempat untuk pelawat web untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat. Dulu, ruangan forum sangat popular kerana ia mampu membentuk komuniti untuk berkongsi antara ahli. Sekarang ini, masih ada ruang forum yang mampu berfungsi sebagai laman komuniti seperti Lowyat, Wangcyber dan lain-lain lagi.

Pemilik blog juga boleh memasukkan ruangan forum ke blog. Ia lebih sesuai jika blog tersebut berbentuk komuniti atau blog sosial. Pelawat blog boleh membentuk topik-topik untuk dibincangkan bersama pelawat. Namun untuk blog peribadi, bagi Sop ia agak kurang sesuai. Jika anda hendak masukkan, ia tidak pernah menjadi masalah kerana ia terpulang kepada pemilik blog.

Untuk memasukkan blog ke page, anda boleh menggunakan forum percuma oleh laman web Nabble.
Selepas mendaftar, anda diberikan kod untuk memasukkan kod html tersebut. Link pengaktifan akan dihantar ke emel semasa pendaftaran. Semasa diakaun Nabble, anda boleh memasukkan nama dan beberapa setting lain. Kod yang diberikan atau boleh didapati dari ruangan option forum boleh dimasukkan ke static page blog anda. Forum ini menggunakan javascript akan embedding dengan baik di blog.

Untuk melihat contoh, sila lawat blog upkkl.com yang Sop telah masukkan.
Untuk maklumat lanjut anda mendapatkan forum ini, sila lawat laman web Nabble.


EmoticonEmoticon