08 April 2011

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #1

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku adalah segmen baru yang Sop wujudkan untuk memilih komen-komen entry yang menarik, bernas atau sebagainya berdasarkan pilihan Sop. Ia sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan aktiviti meninggalkan komen. Oleh itu, kepada blogger yang meninggalkan komen, pastikan anda tinggalkan link pada nickname. Komen yang terpilih akan disertakan URL blog sebagai backlink.

Komen pilihan untuk entry Makan apa malam ini? ialah seperti berikut:

Terima kasih kepada Kiz atas peringatan tersebut. Kita selalu ingin makan makanan yang sedap-sedap hingga kadang kala terlupa tentang kesihatan. "Di negara lain orang mati kerana tidak makan, tetapi di negara kita ramai yang mati kerana terlebih makan". Betul tak?
Kepada rakan-rakan, jom sama-sama menjaga kesihatan.

Siapa Kiz?
Ialah pemilik blog KizMyself
Jom lawat blog beliau untuk berkenalan.


EmoticonEmoticon