19 April 2011

Blog untuk diri sendiri atau orang lain?

Adakah anda menulis untuk diri sendiri?
Atau juga anda menulis untuk orang lain?

Terdapat banyak jenis penulisan yang digunakan oleh blogger antaranya blog informasi dan juga blog catatan peribadi atau juga gabungan kedua-duanya.

Bagi Sop, kedua-dua jenis blog ini adalah menarik kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Blog informasi sememangnya sentiasa menjadi tumpuan kerana banyak maklumat yang dicari oleh pelayar internet. Namun blog informasi ini perlu bersaing dengan ramai blogger dan juga laman web lain seperti forum, laman komuniti, laman berita dan sebagainya. Sekiranya kita menulis sesuatu yang biasa laman-laman lain tulis, mungkin akan ketinggalan dari dilawati.

Blog catatan peribadi adalah unik kerana ia mungkin akan berbeza dengan laman web atau blog lain. Penceritaan yang lahir dari kisah tersendiri mampu menarik perhatian pembaca. Apa yang penting adalah gaya penceritaan oleh blogger tersebut. Kemahiran ini yang sukar diperolehi dan tidak semua blogger mampu melahirkan penulisan sebegitu. Sop sering melihat blogger yang hebat boleh bercerita tentang sesuatu yang biasa dalam kehidupan dengan cara yang hebat. Malah ia mampu menarik pembaca untuk terus untuk memberi komen.

Biasanya entry yang dekat dan biasa dengan pembaca lebih mudah untuk membaca meninggalkan komen. Pembaca mempunyai pengalaman dan pandangan tersendiri dengan entry peribadi yang ditulis.

Selain itu, penulisan catatan peribadi lebih berbentuk perkongsian emosi. Ia mampu menarik pembaca untuk terus bersama merasai emosi yang dilalui. Biasanya blogger wanita lebih mahir dalam perkara ini kerana blogger wanita lebih mudah untuk berkongsi rasa. Blogger lelaki pun mampu berkongsi tetapi variasi emosinya tidak banyak seperti blogger wanita. Malah, blogger lelaki juga mungkin kurang rasa atau perasaan. Betul ker?

Sop ingin juga menulis blog dalam berbentuk emosi kerana pada pendapat Sop ia sangat menarik. Namun begitu ia sangat sukar untuk diluahkan dalam bentuk penulisan. Contohnya ingin bercerita tentang gembira. Bagaimana agaknya hendak memastikan pembaca sama-sama merasai kegembiraan tersebut?

Mungkin rakan-rakan boleh berkongsi idea?


EmoticonEmoticon