14 April 2011

Blog peribadi vs blog berita



Apa kategori blog anda?

Adakah blog info berkaitan dunia peribadi atau blog berita semasa?

Sekarang ini, revolusi blog telah berubah iaitu bukan sahaja sebagai catatan peribadi tetapi telah merangkumi pelbagai maklumat. Revolusi ini menjadikan dunia blog sangat meriah dan meningkat.

Kecenderungan terbaru yang Sop lihat sekarang ini ialah blog berkongsi berita dari berita-berita utama sama ada berita dunia atau juga di Malaysia. Ia bukan sahaja mudah tetapi juga mampu menarik jumlah pelawat yang sangat tinggi. Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil berita-berita menarik dan dijangka menjadi carian yang ramai.

Sop pada peringkat awal berblog dulu ada terpengaruh dengan perkara ini dengan membina blog khas untuk memasukkan berita -berita utama. Kebanyakkan trafik akan datang dari injin carian dan jumlah trafik adalah manakjubkan. Ini kerana kelebihan blog ialah jauh lebih mesra SEO berbanding berita online itu sendiri. Jika ingin lebih ramai pelawat, masukkan keyword keyword panas seperti lucah, download, fre dan sebagainya.

Menjadi persoalan, adakah ia memberi kepuasan dalam berblog?

Untuk kepuasan mencari trafik, ia akan tercapai tetapi dari segi kepuasan menulis blog adalah disebaliknya. Lama-kelamaan kita akan bosan dan mood berblog akan hilang.

Namun begitu, mungkin juga ada rakan-rakan berpendapat disebaliknya?

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon