23 March 2011

Semak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Usaha Kementerian Pelajaran membangunkan sistem yang memudahkan pengguna sangat baik. Sebelum ini banyak aplikasi yang telah dibangunkan dan semua untuk kepentingan pengguna. Yang terkini ialah semakan Keputusan SPM melalui SMS.

Namun begitu, buat masa ini pelajar pasti akan hendak ke sekolah juga untuk mengambil slip. Debaran dan kepuasan lebih tinggi. Betul tak?

Untuk menyemak menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.


EmoticonEmoticon