17 March 2011

Rojak dan cendol lori Jalan Jelatek

Suka makan cendol dan rojak?
Biasa singgah makan cendol dan rojak lori?

Sop selalu juga perkena cendol dan rojak lori ini. Tempat yang biasa disinggah ialah Tasik Titiwangsa dan Jalan Kuching. Untuk rojak dan cendol lori di Jalan Jelatek ini adalah kali pertama. Sebelum ini tiap-tiap hari lalu semasa balik kerja memang tidak kesempatan untuk singgah. Hanya sempat untuk jeling-jeling sahaja.

Baru-baru ini kebetulan tidak kerja dan lalu jalan tersebut dan kesempatan diambil untuk rasa rojak dan cendolnya. Rojak yang dipilih ialah rojak special dan cendol special. Apabila special, semua bahan akan dimasukkan. Paling menarik ialah cendol special yang mana pelbagai bahan tambahan dimasukkan iaitu durian, mangga dan nangga. Rojak special seperti biasa dimasukkan sotong, ayam dan lain-lain bahan.

Kerusi dan meja di sini agak terhad dan payung tidak disediakan. Pada hari tersebut tiba-tiba hujan turun dan kami terpaksa makan di dalam kereta.


Jumlah kos untuk rojak special dan cendol special ialah RM10. Mahal tak? Namun makan sangat berpuas hati!
Jika kesempatan atau lalu di Jalan Jelatek, boleh lah singgah di warung lori cendol ini. Selain itu, terdapat beberapa gerai lain yang turut berniaga iaitu masakan utara seperti laksa kedah, mee kari dan lain-lain lagi.


EmoticonEmoticon