18 March 2011

Restoran Puteri Taman Tun Dr Ismail

Siapa pernah singgah di Restoran Puteri?

Ini adalah kali pertama Sop singgah ke Restoran Puteri ini. Kami ke sini untuk meraikan satu majlis pejabat dan diadakan pada waktu makan tengah hari. Pakej yang disediakan ialah secara buffet dan pelbagai jenis lauk disediakan untuk pengunjung. Lebih kurang 4 -5 jenis lauk yang disediakan untuk nasi dan disamping itu, terdapat makanan lain untuk dipilih seperti laksa Johor, rojak, kuih muih dan lain-lain.

Lokasi yang terletak sedikit atas bukit menjadi ia agak unik. Tema yang digunakan oleh Restoran Puteri ini juga menarik dengan hiasan dan tumbuhan di sekeliling restoran.

Kos untuk setiap pelanggan bagi makan secara buffet ialah RM 30 sahaja.

Namun begitu, masa makan tengah hari kawasan parking adalah terhad. Ini kerana ia berkongsi 1 kawasan dengan 2 syarikat penjualan kereta inport dan terpakai. Sambil makan, anda juga boleh mencuci mata dengan kereta-kereta mewah yang ada di situ. Kalau nak beli, boleh juga.. :)


Restoran ini adalah dimiliki oleh artis veteran iaitu Habsah Hassan. [betul ker?, lupa pulak... huhuhu]


Galeri gambar:










EmoticonEmoticon