06 March 2011

Promosi tinted kereta oleh Solar TintShop

Tinted kereta bukan sahaja berfungsi untuk menyejukkan kenderaan semasa waktu panas tetapi juga memberi keselamatan kepada pengguna. Ada yang memasang tinted kereta untuk menjadikan kereta bertambah menarik kerana tinted sekarang ini menawarkan pelbagai pilihan yang terdiri dari pelbagai jenis.

Keselamatan bagaimana Sop?
Pertamanya, Tinted boleh mengelak dari cermin pecah berteraburan dan sangat berbahaya ketika memandu. Terdapat kes-kes yang mana semasa memandu, tiba-tiba cermin depan pecah kerana terkena batu atau cuaca yang sangat panas.

Keduanya, sekarang ini tinted telah dipertingkatkan ketahanan dari ketukan. Dari video lakonan yang dibuat, ia mampu menyelamatkan dari tingkat dipecahkan oleh perompak atau pencuri. Jika tingkap tidak ditinted, ia dapat dipecahkan dengan mudah dengan satu ketukan. Berbeza jika ditinted, adalah lebih sukar untuk dipecahkan dan pemandu mampu menyelamatkan diri dengan membunyikan hon atau memandu pergi ke balai polis. Jika dilihat pada video-video promosi tinted, perkara ini yang akan dipaparkan.

Tinted seperti ini banyak dipromosikan sekarang oleh banyak kedai tinted. Walaupun harga agak tinggi sedikit berbanding harga tinted biasa, tetapi ia adalah sangat berbaloi. Di kedai tinted, anda boleh memilih untuk harga yang murah atau yang mahal dan ia bergantung kepada bajet anda. Jika mempunyai bajet yang lebih, berbaloi untuk mendapatkan yang lebih baik. Betul tak?

Sop ke kedai tinted ini atas promosi kakak Mrs Sop. Hasilnya, Sop mendapat harga promosi yang hebat berbanding harga yang ditawarkan oleh saleman kedai kereta ini di ambil. Mungkin jenis yang berbeza tetapi kualiti adalah sama.

Jika anda juga berminat untuk mendapatkan promosi ini, Sop boleh bagi contact tetapi anda perlu berbincang dengan kakak Mrs Sop jika boleh bagi harga promosi juga. Jika walk in, harga adalah standard tetapi boleh minta kurang juga kot. :)

Galeri gambar:

Sebelum di tinted

mula masuk kedai

Antara jenis tinted yang ditawarkan

Ini lah kedainya

Mula ditinted oleh pekerjanya

Azwar turut membantu.. tolong tengok ajer.. :)

Kereta penuh kedai untuk ditinted. Semua berjalan serentak

Selepas ditinted

Kereta nampak lebih segak.. huhuhu


EmoticonEmoticon