19 March 2011

Postpaid Digi Sop telah aktif

Setelah 2 hari apply, akhirnya Postpaid Sop telah aktif. Itu pun selepas Sop ke pusat Digi di Berjaya Time Square tadi. Ini kerana bukan sahaja talian tidak aktif-aktif tetapi juga simcard telah rosak. Mungkin kerana asyik masuk dan keluar dari slot simcard telefon.

Semasa semakan di pusat servis Digi, akaun Sop masih tidak aktif. Selepas tindakan oleh staff di situ, dalam masa setengah jam talian terus aktif. Jika ada masalah, cara terbaik ialah terus ke pusat servis berbanding telefon khidmat pelanggan. Walaupun telefon beberapa kali, masalah masih tidak selesai.

Sekarang Sop sedang membuat entry blog menggunakan perisian bloggeroid yang didownload dari Android Market. Pengalaman dan prestasi perisian ini mungkin akan diceritakan dalam entry lain.

Sepanjang 2 jam menggunakan Digi Smart Plan ini, prestasi sangat memuaskan. Dengan jumlah 3gb, Sop tidak tahu berapa lama boleh bertahan kerana data mobile akan sentiasa dibuka. Namun begitu, jika jumlah 3gb telah telah capai Sop tidak perlu risau kerana ia masih boleh digunakan tanpa cas tambahan cuma kelajuan akan berkurangan.


EmoticonEmoticon