Pengalaman BW di cybercafe
sumber: Google |
Baru-baru ini, broadband Sop mengalami masalah dan tidak boleh digunakan. Pada masa tersebut, kredit handphone telah habis dan Sop ke kedai bawah rumah Sop tetapi reload kad telah habis (offline). Daripada Sop pergi jauh, lebih baik Sop beli online melalui Maybank2U.
Setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke cybercafe, agak kekok pula rasanya. Maklum sahaja mereka yang singgah adalah kanak-kanak dan remaja. Masing-masing sibuk dengan game dan FB.
Apa yang menarik di cybercafe sekarang ialah PC yang sangat selesa, monitor yang besar dan paling penting internet yang laju. Kos cybercafe masih lebih kurang dulu iaitu RM2 sejam. Dulu kos sejam juga RM 2 hingga RM3 dan bergantung kepada cybercafe.
Kesempatan berada di cybercafe yang mempunyai internet yang pantas digunakan sepenuhnya untuk BW. Sungguh selesa BW sehingga tidak sedar berapa blog telah dilawati. Pengalaman internet laju ini boleh dirasai semasa Sop menggunakan Streamyx di rumah lama Sop iaitu Cheras. Masa itu Sop guna pakej speed 1MB Unlimited dan port Streamyx berada hampir dengan kawasan rumah. Kelajuan sangat dirasai dan masa itu sentiasa membuat download movie dan MP3.
Sekarang ini, broadband sangat selesa untuk dibuat travel tetapi kelajuan sangat berbeza. Malah data transfer juga telah dilimit. Jika ingin download movie, Sop pasti akan berfikir dahulu sama ada perlu atau tidak. Ia bukan sahaja mempercepatkan kehabisan limit tetapi juga memasakan masa yang lama.
Bila agaknya broadbad di Malaysia akan laju? Masa tu mesti seronok untuk BW kan? huhuhu
EmoticonEmoticon