16 March 2011

Kereta warna hitam lebih mudah dilanggar?

Persoalan yang Sop utarakan ini adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman yang telah dilalui yang mana sejak menggunakan kereta warna hitam ini, 2 kali kereta telah digesel oleh kenderaan lain. Selain itu, pakcik jiran Sop pun turut mengalami nasib yang sama apabila terdapat lori telah gesel Naza Ria beliau. Naza Ria beliau juga berwarna hitam.

Persoalan ini ada benarnya jika dilihat kepada teori yang mana kenderaan warna hitam sering terlepas pandang dan pengguna lain kurang perasaan. Ia lebih-lebih lagi kenderaan seperti lori atau kenderaan tidak mempunyai 'sensor' belakang.

Terbaru yang berlaku terhadap kereta kami ialah sebuah lori telah bergesel sehingga tanggal cat di tepi kereta dan sedikit kemek di bahagian pintu. Pemandu lori tersebut menyatakan tidak perasan kereta kami sedangkan ia berada di petak parking  dan ketika itu memang tidak banyak kereta yang parking di situ. Ruang sangat luas untuk lori tersebut membuat pusingan tetapi kereta kami juga yang disapunya.

Selepas berjanji untuk membayar ganti rugi, jenuh pula kami mengejar beliau untuk mendapatkan bayaran selepas dinyatakan kos untuk membaikinya. Pelbagai alasan diberi oleh beliau sehingga kami memaklumkan akan buat laporan polis jika beliau tidak mampu untuk membayarnya. Kos anggaran yang diberikan oleh Toyota Servis ialah RM 350.

Kami telah menghantar kereta ke Toyota Servis di Taman Midah. Ia memakan masa 2 hari untuk baiki kerana perlu menunggu untuk cat kering.



Adakah rakan-rakan yang menggunakan kenderaan berwarna gelap sering mengalami perkara yang sama?


EmoticonEmoticon