02 March 2011

Iklan Mudah.my akhirnya publish

Selepas entry pertama mengenai Mudah.my (rujuk di sini), Sop sekali lagi mencuba untuk mengisi borang untuk memasukkan iklan. Semalam, pihak Mudah.my sekali lagi membuat panggilan untuk pengesahan. Apa yang diperlukan ialah pengesahan nombor KP dan nombor telefon yang dimasukkan di iklan. Kemudian pihak Mudah.my memaklumkan pengesahan telah selesai dan Sop boleh memasukkan iklan kembali.

Pagi tadi Sop memasukkan kembali iklan dan malam ini menerima emel tentang iklan yang telah dipublish. Berjaya juga akhirnya mengiklankan iPad yang hendak dijual.

Mungkin agak sukar apabila memerlukan pegesahan dan sebagainya tetapi ia sebenarnya untuk kebaikkan semua pelanggan. Setiap program internet terdedah kepada penipuan. Sebelum ini, Sop sering terbaca dari forum tentang penipuan dari Mudah.my ini oleh mereka yang tidak bertangungjawab.

Semoga langkah-langkah yang diambil boleh membendung masalah ini. Biar sedikit sukar tetapi untuk kebaikkan bersama. Pengalaman yang sukar Sop lalui tidak dilalui oleh semua yang membuat iklan. Ia hanya membuat 'query' secara random dan iklan yang agak mencurigakan.


EmoticonEmoticon