26 March 2011

ER6-N boleh buat despatch


Jika mat despatch guna ER6-N untuk hantar barang atau surat, rasanya lagi pantas perkhidmatan dorang. Malah, jika hendak hantar surat setakat Melaka rasanya tidak ada halangan langsung.

Berikut antara contoh despatch yang digunakan untuk bawa barang sekotak bersaiz A4. Tiada halangan langsung untuk menghantar ke destinasi. Malah untuk mengikatnya pun mudah hanya sangkut pada pemegang belakang tanpa kotak tambahan.

Kejadian di dalam gambar berlaku semalam apabila rakan pejabat membawa buat tangan dari Ipoh, Perak iaitu 2 biji limau bali. Oleh kerana tidak bawa beg, Sop terpaksa bawa limau tersebut melalui kotak A4. Kotak tersebut diikat pada pemengang belakang menggunakan getah gelang. Masa di jalan Kuching, risau juga takut kotak tersebut terbang. Kotak tersebut selamat ke destinasi yang hendak dibawa.

Masa di lampu isyarat, ramai juga yang dok pandang sebab Sop bawa kotak tersebut. Apa hendak buat, moto tiada bakul, itu sahaja cara boleh buat. Huhuhuhu.


Published via my Galaxy Tab


EmoticonEmoticon