07 March 2011

Copy paste berita di blog

Rasanya ramai blogger yang buat perkara copy dan paste ke blog berita-berita utama ke blog. Sop pun selalu juga buat sehingga membuat ruangan berita pilihan.

Ia bukan sahaja untuk membantu mengatasi masalah kekurangan idea untuk entry tetapi mampu memberi traffik yang baik juga. Terdapat pembaca yang tidak suka membaca akhbar cetakan atau juga online. Dengan perkongsian berita ini, ia dapat membantu menyebarkan berita tersebut. Blogger beruntung kerana akhbat tidak menjadikan ia sebagai 'hak cipta terpelihara', jika tidak semua yang copy dan paste berita akan disaman. Berbeza dengan majalah atau laman web lain yang kebanyakkan menyatakan artikel mereka adalah hak terpelihara.

Namun begitu, adalah perlu berita-berita tersebut diolah untuk menjadikan ia bukan sekadar blog berita. Terdapat blogger yang hanya copy dan paste berita tersebut diblog. Kadang-kala sumber berita tersebut langsung tidak dinyatakan. Adakah ini blog berita?

Bagaimana untuk mengolah berita tersebut?
Antara cara yang boleh digunakan ialah memberi pendapat mengenai berita tersebut. Pandangan dan pendapat perlu secara baik. Jika berita yang sensetif, pastikan jangan membuat andaian kerana kesilapan penulisan boleh membawa perkara yang tidak baik.

Selain itu, berita boleh diolah dengan membuat penceritaan kembali berita tersebut menggunakan ayat sendiri. Ia agak leceh tetapi berita tersebut menjadi lebih menarik.

Menggunakan tajuk sendiri tetapi maksud yang sama. Apabila berita telah diolah atau diberi pendapat, pastikan tajuk juga dibuat olahan supaya lebih sesuai dan mesra SEO.


EmoticonEmoticon