14 March 2011

Cerpen: Bukan indah #9

Rosli sendiri terkejut apabila melihat aku yang datang. Beliau tidak menyangka orang yang bakal mencabar dia ialah aku iaitu rakan baiknya sendiri! Kami menjadi kelu...
Adakah perlu teruskan perhitungan ini?
Jika ya, pasti ada yang akan kehilangan nyawa!
Suasana sangat genting dan kaku.....[Episod 8]
Setelah suasana berlalu begitu sahaja, Rosli mula berbicara. Aku yang berada tidak jauh dari Rosli sentiasa berhati-hati untuk memastikan tiada tindakan luar dugaan diambil oleh beliau.

Ketika Rosli sedang menghampiri aku, tiba-tiba...
"Ahhh.... "
Suara Rosli mengerang kesakitan!
Tanpa beliau sedari, Cempaka yang berada di belakang beliau telah merampas pisau berada di pinggang Rosli dan menikam tepat pada belakangnya.
Rosli jatuh di ribaan aku. Tidak sangguh aku melihat sahabat baik aku sebelum ini jatuh ketanah begitu sahaja.
"Abang, cepat tinggalkan tempat ini sebelum pengikutnya datang menyerang!" pinta Cempaka.

Semasa aku igin meletakkan Rosli di tanah, beliau telah memegang tangan aku.
"Sebelum kau pergi, aku ingin menyampaikan sesuatu."
"Cepat Abang, kita perlu pergi segera". Pinta Cempaka
Aku rasa tidak menentu, adakah perlu aku meninggalkan rakan aku yang sedang nazak tersebut!
"Keluarga kau sedang menanti kau, mereka sedang mebantu mendpatkan kau kembali." Ucap Rosli dalam keadaan lemah.
Keluarga? Wajah ayah, ibu dan  adik mula terbayang. Agak lama aku lupa tentang mereka sejak aku berada di sini.
"Aku ke sini untuk membantu kau kembali. Mereka ini bukan kaum kita! Mereka cuba merampas kau dari keluarga kau!."
Aku kebingungan! ... Aku masih tidak faham apa yang diucapkan oleh Rosli tersebut.

"Kau sekarang sedang disesatkan oleh mereka. Mungkin mata kau telah dikaburi pandangan indah. Pegang tangkal ini dan lihat rupa mereka sekarang." Rosli menyerahkan tanggal yang berada di dalam genggamannya.

Aku mengambil tangkal tersebut dan melihat sekeliling. Hutan belantara, keliling aku hanya pokok-pokok besar. Jauh berbeza sekali seperti sebelum ini.

Makhluk apakah itu?
Kenapa begitu buruk rupanya? Bertanduk, wajah tidak terurus, mata berwarna merah, bertaring! Makhluk tersebut semakin bertambah...! Aku ketakutan.....! Aku melepaskan tangkal tersebut.
Cempaka?
Pak Rahim?
Adakah itu makhluk yang aku lihat tadi?
Adakah ini muslihat Rosli untuk menyesatkan aku?
Tidak mungkin, Rosli sedang tenat. Dia tidak mampu menipu ketika ini.

"Mereka adalah makhluk yang telah menyorok kau. Kami telah beberapa kali datang untuk menyelamatkan kau tetapi kau telah dilarikan. Kalau juga telah disorok selama 3 hari. Semasa itu, kami hampir dapat menarik kau kembali ke dunia nyata tetapi sekali lagi kau dilarikan. Ini adalah cara kami terakhir untuk bersemuka dengan menculik salah seorang dari mereka."

Aku memandang ke arah Cempaka, adakah ini benar?
"Abang, jangan percayakan Taping. Ia hanya penimpuan. Datang kepada Cempaka. Kita lari dari sini.." rayu Cempaka.
Kelihatan Pak Rahim hanya tersenyum dan melambai ke arah aku.

Rosli memegang tangan aku dan menyerahkan tangkal tersebut.
"Guna ini untuk kembali! Ingat keluarga kau...!"
Rosli menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku meletakkan Rosli perlahan-lahan dan memandang Cempaka dan Pak Rahim.
"Maafkan saya... Saya akan kembali ke dunia asal saya. Saya telah tahu perkara sebenar!"
Cempaka yang yang tidak boleh menerima ucapan aku itu terus menjerit! Wajah Cempaka mula berubah dan ia seperti aku lihat semasa memengang tangkal tadi.
"Jadi, ini adalah wajah sebenar kamu!" ujar aku ringkas
Kini baru aku faham, kenapa tempat ini dinamakan Bukan Indah.

Dengan memegang kedua-dua belah tangan tangkal tersebut, aku memejamkan mata. Apabila aku buka mata, aku dapati aku sedang terbaring di rumah. Keluarga aku senyum melihat aku. Ibu aku menangis kegembiraan.

Kini aku berada di rumah. Aku telah diselamatkan dari berada dunia lain dengan bantuan seorang bomoh. Sebenarnya aku telah pengsan  selama sebulan. Ayah aku telah menjumpai aku di hutan. Aku telah dihantar ke hospital dan pihak hospital tidak dapat memastikan kenapa aku pengsan.

Pengalaman berada di Bukan Indah pada awalnya merupakan pengalaman indah bertukar kepada pengalaman yang mengerikan. Aku bernasib baik kerana dapat diselamatkan. Jika tidak, aku pasti berada di sana selama-lamanya.

TAMAT


EmoticonEmoticon