15 March 2011

Berpeluang mencuba ZTE V9

ZTE V9 merupakan telefon tablet yang menyerupai Samsung Galaxy Tab. Sop berpeluang mencubanya apabila ada rakan yang membelinya. Sekali pandang, Sop ingatkan Galaxy Tab yang menjadi pujaan hati tetapi apabila lihat dekat baru terpapar ZTE pada telefon tersebut.

Rakan Sop mulanya membuat offer RM1k untuk telefon tersebut kerana beliau tidak tahu untuk explore telefon tersebut. Selepas beliau menggunakan telefon tersebut, tiada satu software atau game yang dimasukkan. Beliau agak bosan dan rasa rugi dengan membawa telefon yang agak besar tetapi hanya untuk call dan SMS. Namun apabila Sop memberi sedikit penerangan dan tunjuk cara untuk memasang aplikasi pada Android, beliau terus batalkan hajat untuk menjualnya.

Semasa Sop cuba membelek-belek ZTE V9 tersebut, dapatlah Sop lihat beberapa ciri-cirinya. Walaupun bentuk dan fungsi seperti Samsung Galaxy Tab tetapi dari segi ciri-ciri agak jauh berbeza. Prestasi agak rendah benbanding dengan Galaxy Tab. Kedua-dua menggunakan OS Android tetapi berbeza versi. Galaxy Tab lebih terkini iaitu menggunakan V2.2.

ZTE V9 pada pendapat Sop juga memiliki ciri yang agak hebat dengan harga RM1300.

Berikut adalah maklumat tambahan mengenai ZTE V9:
In fast-paced city living, hurry is a source of much frustration. With every detail made simple and practical, ZTE's V9 tablet PC conveys a Zen-like philosophy of lightness. As so-called "Pad" tablets are everywhere to be found, ZTE V9 stands out with a delicate screen measuring only seven inches, a weight of only 403g, and a thickness of only 1.3cm. Carrying around a lightweight V9 is pleasurable and not a chore. The V9 offers the same Internet experience as Pad tablets, but is much thinner and lighter; it provides the same portability as a smartphone, but a better Internet surfing experience.
Key Features

Standard WCDMA/UMTS
Operating System Android 2.1
Camera 3 megapixel rear camera
Display 7 inches, TFT, 262, 000 colors, 800x480 pixels
Weight 403g
Dimensions 192 mmx110mmx12.6mm
Memory 512MB ROM +512 MB RAM, MicroSD card up to 32GB
Standby time 500 hours
GPS capable

Untuk maklumat penuh, sila lawat laman web rasmi ZTE V9. Untuk membelinya, anda boleh dapatkan di Low Yat atau kedai-kedai yang berkaitan.

Nota kaki: Sop tetap jatuh hati dengan Samsung Galaxy Tab. Bila boleh dapat 1 nih? Ada yang nak Sponsor? huhuhu


EmoticonEmoticon