24 March 2011

Asam pedas Food Court Jusco Wangsa Maju


Ingin makan asam pedas?

Di food court Jusco Wangsa Maju terdapat gerai yang menyediakan asam pedas tersebut. Ini adalah kali pertama Sop mencubanya. Rasanya masih baru lagi gerai ini dibuka kerana sebelum ini tidak pernah perasan kewujudan gerai asam pedas ini.

Rasa asam pedas Jusco ini boleh tahan dan tahap kepekatan lebih kurang asam pedas di Melaka. Terdapat beberapa variasi asam pedas yang boleh dipilih iaitu ikan kembong, tenggiri dan ayam.

Ia agak istimewa kerana asam pedas tersebut menggunakan terbikar tanah liat. Hasilnya rasa asam pedas lebih sedap.

Di Jusco laon Sop tidak pasti atau tidak, mungkin rakan-rakan boleh respon.

Bila makan, teringat asam pedas Melaka yang sungguh terangkat.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon