22 March 2011

Adakah berbaloi bersekang mata untuk blog?



Ramai blogger yang sanggup tidur lewat demi untuk membuat entry atau blogwalking. Malah ada yang memperuntukkan masa yang banyak untuk dunia blog.

Adakah ia berbaloi untuk anda?

Apa hasil yang anda dapat?

Tidak dinafikan blogger-blogger yang hebat sentiasa menghabiskan masa lebih lama dengan berblog. Peringkat awal, berblog agak sukar kerana ia perlu dilakukan dengan lebih banyak usaha.

Untuk berjaya, ia bukan sesuatu yang mudah. Bersekang mata mungkin menjadi lumrah kepada blogger yang berjaya terutama blogger secara partime. Bagi secara fulltime, mungkin waktu berblog mengikut waktu pejabat atau masa-masa yang tertentu.

Walaupun mengejar kejayaan dalam dunia blog, kesihatan juga perlu dijaga. Tidur dan rehat adalah sangat penting kepada kita. Oleh itu, pastikan ia seimbang antara dunia blog dan juga dunia realiti.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon