10 February 2011

Proses penukaran template blog RH

Adalah dimaklumkan bahawa blog Riwayat Hariku sedang proses penukaran template yang baru. Rakan-rakan mungkin akan menghadapi sedikit masalah. Proses penukaran template bermula tengah hari tadi yang mana template terbaru ini baru sahaja jumpa semalam. Oleh itu, Sop perlu membuat 'setting' yang berkaitan kembali.

Template sebelum ini Sop sangat suka kerana ringan dan mesra SEO. Hasil menggunakan template tersebut, banyak traffic dari injin carian mula masuk. Tetapi kenapa tukar? Sejak dari 2 minggu lepas, menu utama tidak berfungsi sepenuhnya. Sepatutnya 'drop down menu' akan memamparkan lebih banyak menu ke bawah. Beberapa perubahanan menu telah dibuat dan akhirnya Sop 'feed up'. Hasil beberapa hari carian, akhirnya Sop menjumpai template yang menarik minat Sop untuk menggunakannya. Sop sangat sukar untuk meminati sesuatu template dan akan guna jika betul-betul berminat. Oleh itu sebelum menggunakannya, Sop akan mencuba terlebih dahulu di blog lain dan jika menarik dan berfungsi dengan baik, baru Sop akan menggunakannya.

Template kali ini lebih kepada 'magazine style' yang sentiasa menjadi pilihan Sop. Sebelum-sebelum ini, template yang Sop guja juga di bawah kategori 'magazine' tetapi kali ini lebih complicated.

Terima kasih atas sokongan rakan-rakan.


EmoticonEmoticon