07 February 2011

LCD Projector sebagai TV

Sop agak berminat juga untuk jadikan LCD Projector sebagai TV seperti di kedai-kedai. Ia boleh dijadikan sebagai panggung wayang di rumah. Namun apabila dilihat kekurangan penggunaannya, Sop batalkan niat tersebut. Antara kekurangannya ialah paparan tidak jelas, suasana perlu gelap, gambar agak kabur dan sebagainya. Dengan harga TV LCD yang murah sekarang, rasanya tidak perlu menggunakan LCD Projector untuk paparan lebih besar. TV 3D masih belum berminat untuk dimiliki bukan sahaja kerana harga yang mahal tetapi tidak semua boleh support. Perlu pakai speck lagi! Mungkin lagi 2 atau 3 tahun?


EmoticonEmoticon