Jogging di Tasik Titiwangsa
Agak lama bercadang untuk jogging tetapi selalu terbatal perancangan. Biasanya bila petang anak-anak tidur tak bangun-bangun. Bila bangun dan bersiap, biasanya sudah lewat petang. Di Tasik Titiwangsa, jika datang agak lewat, pasti sukar untuk mendapatkan parking kereta.
Hari ini kami keluar lebih awal iaitu selepas solat Asar, terus ke sana. Azfar dan Azwar kebetulan tidak tidur dan mereka pun teruja untuk jogging.
Tujuan Sop untuk jogging bukan untuk berpeluh betul-betul. Maklum sahaja jogging dengan anak umur 4 dan 5 tahun, pasti lebih banyak main-main tetapi cukup untuk melonggarkan urat-urat. Azfar dan Azwar kadang-kala lari punyalah laju, kadang-kadang boleh berhenti apabila terdapat perkara lain untuk dilihat. Cabaran untuk mengelilingi Tasik Titiwangsa berjaya walaupun tidak sepenuhnya berlari. Terasa juga peluh-peluh yang keluar.
Sememangnya Tasik Titiwangsa meriah dengan pelbagai aktiviti pengunjung. Bukan setakat berjoging, ada berbasikal, berkasut roda, bersampan, membaca, bersiar, lepak, melayar internet, berdating, bergambar, temernung dan pelbagai aktiviti lagi. Oleh sebab itu, Tasik Titiwangsa dipenuhi dengan penujung. Tadi ternampak juga Kak Red dan dD sedang rakam video kat Tasik Titiwangsa. Pasal apa tak pasti sebab jenguk dari jauh sahaja.. :)
Semasa sampai di sebelah berkuda DBKL, kami singgah untuk menaikki kereta kuda malangnya jam telah 6.15 petang. Kauter tiket telah ditutup! Waktu operasi sesi petang ialah jam 3.00 hingga 6.00 petang sahaja. Hajat Azfar dan Azwar tidak kesampaian hari ini. Mungkin lain kali boleh singgah lebih awal untuk melakukan aktiviti berkuda.
Selepas satu pusingan, kami singgah di gerai Tasik Titiwangsa untuk minum-minum. Azfar dan Azwar sempat pesan burger. Mungkin lapar kerana penat berlari.. :)
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon