22 February 2011

Cerpen: Bukan indah #6

"Demi membalas jasa Pak Rahim dan keluarga yang membantu aku selama ini, aku menawarkan diri untuk mengalahkan Taping. Tetapi bagaimana aku hendak kalahkan Taping, tiada sebarang ilmu pertahankan diri aku belajar selama ini. Mampukah aku mengalahkan Taping? Episod 5"

Aku berjaya memujuk Pak Rahim untuk menurunkan ilmu pensilatan kepada untuk memastikan aku dapat bertarung dengan Taping. Pak Rahim pada awalnya agak keberatan memenuhi permintaan tersebut. Beliau mungkin takut "pisang akan berbuah 2 kali".

"Jika anak betul-betul ingin belajar, pakcik akan ajarkan. Namun begitu, anak perlu mengikuti 2 syarat."
"Syarat? Apa syaratnya?" soal aku.
"Pertama, anak perlu bertapa 3 hari 3 malam tanpa akan menjamah sebarang makanan di Gua Kilat dan yang kedua perlu berlatih jurus pensilatan selamat seminggu tanpa henti." terang Pak Rahim ringkas.
Aku mengangguk tanda setuju.

Pada malam berikutnya, aku disediakan dengan upacara ringkas sebelum berangkat ke Gua Kilat tanda ucapan selamat berjaya. Aku dimandikan dengan air bunga 7 jenis dan dipakaikan dengan pakaian serba kuning. Pak Rahim sempat berpesan sebelum aku berangkat, jangan perduli sebarang perkara yang terjadi didepan aku. Pesanan tersebut membuatkan aku berdebar-debar. Dari semangat yang berkobar-kobar, aku mula menjadi risau. Tetapi demi memperjuangkan kampung Bukan Indah, aku kuatkan semangat. Aku berdoa agar pertapaan aku berjaya. Ucapan selamat berjaya oleh Cempaka menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan pertapaan tersebut.

Tiba di Gua Kilat, Pak Rahim sekali berpesan:
"Ingat yer anak, sebarang kejadian yang berlaku disekeliling anak, usah perdulikan. Fokus kepada ajaran yang telah pakcik ajarkan. Selepas 3 hari 3 malam, pakcik akan datang menjemput anak." pesan Pak Rahim sebelum beredar.

Hari pertama pertapaan, ia berjalan lancar. Aku dapat fokus sepenuhnya dengan ajaran Pak Rahim. Aku mula rasa amat tenang dan minda terasa sangat kosong. Ketika ini, Pak Rahim meminta aku menerima seberapa banyak kuasa dari sekitar gua tersebut. Pada awalnya, aku tidak faham bagaimana untuk menerima kuasa yang dijelaskan oleh Pak Rahim tersebut. Namun setelah melalui pengalaman ini, baru aku mengerti. Aura-aura yang ada dalam gua ini menjadikan aku semakin bertenaga. Aku dapat rasakan kuasa-kuasa tersebut memasuki ke tubuhku.

Hari kedua, pertapaan aku diteruskan. Walaupun baru hari kedua, aku rasakan sangat lama berada di situ. Fikiran aku mula hilang tumpuan. Ia mengakibatkan badan-badan mula rasa lenguh, perut mula terasa lapar.

Tiba-tiba di depan aku, seekor ular tedung yang cukup besar berdiri dan sedia untuk mematuk aku! Pada saat tersebut, aku sangat takut! Hampir terkencing rasanya! Ketika saat genting tersebut, aku seolah-olah terdengar pesanan Pak Rahim "Fokus dan jangan perdulikan apa yang berlaku disekeliling!". Aku memejamkan mata dan fokus kepada ilmu pertapaan aku. Bunyi hembusan ular tersebut yang kuat semakin perlahan dan terus perlahan. Aku menarik nafas kelegaan. Aku kembali tenang..

"Abang,, "
Aku seperti terdengar suara Cempaka. Apabila aku membuka mata, kelihatan Cempaka berada di depan aku.
"Cempaka ada bawa sedikit makanan"
Terbeliak mata aku apabila melihat lauk pauk yang dibawa Cempaka. Semua terhidang di depan aku! Perut aku mula terasa lapar yang amat sangat. Bau makanan yang dibawa sangat menarik nafsu aku untuk menjamahnya.
Ahh, ini adalah dugaan! Aku perlu fokus! Aku memejamkan mata untuk teruskan pertapaan.
"Abang tidak rindukan Cempaka?" sayup aku kedengaran suara Cempaka
"Sampai hati Abang buat Cempaka begini.. Cempaka sanggup menyerahkan segala-galanya untuk Abang..." suara yang cukup mendayu-dayu untuk memujuk aku. Perasaan aku berombak-ombak apabila mendengar pujuk rayu tersebut! Akhirnya suara Cempaka semakin perlahan dan perlahan. Aku semakin lega..

Pada hari ketiga, tiba-tiba berlaku gegaran yang dasyat di dalam gua tersebut! Batu-batu mula runtuh, laluan dihadapan aku kelihatan telah tertutup! Abislah aku kali ini! Pasti tidak akan selamat jika aku tidak keluar dengan segera! Ketika aku mula untuk bergerak, tiba-tiba akar-akar mula melilit aku dan menarik aku ke dalam tanah. Aku tidak dapat bergerak! Nyawa aku kini dihujung tanduk.

Adakah ini pengakhiran pertapaan aku?
Adakah di sini akan menjadi kubur aku?


Bersambung....


EmoticonEmoticon