24 February 2011

Blog penuh iklan - apa pendapat anda?

Mungkin ada yang melawat ke blog atau web tiba-tiba agak terkejut kerana ia dipenuhi dengan iklan. Kadang-kala tidak tahu link mana yang hendak dibaca kerana susunan yang sangat berterabur. Sesetengah blog atau web ada yang fokus kepada iklan untuk mendapat pendapatan.
Antara tips untuk memastikan iklan diklik ialah menjadikan iklan sebahagian daripada blog iaitu memastikan pelawat tidak perasan sama ada banner itu adalah iklan atau sebahagian dengan kontents. Dan yang kedua ialah meletakkan iklan di tempat-tempat strategik untuk memastikan pelawat tidak sengaja klik atau mudah nampak bagi ia tertarik untuk klik.

Terdapat juga ruang-ruang untuk disewa untuk menambah pendapatan. Apabila permintaan bertambah, lagi banyak ruang diwujudkan sehingga kadangkala laman web atau blog dipenuhi iklan. Bagi pemilik web atau blog, ia sesuatu yang menguntungkan tetapi adakah ia akan terus kekal memberi keuntungan?

Antara contoh laman web yang banyak memamparkan iklan ialah surat khabar online. Kadangkala Sop terasa rimas juga apabila terlalu banyak iklan. Atas, bawah, tepi dan tengah artikel pun ada iklan. Perkara ini menjadikan tertanya pada diri sendiri, adakah blog Sop pun banyak iklan?

Dengan pertanyaan tersebut, ia boleh membantu kita menilai blog sendiri. Dalam mengejar pendapatan, perlu juga menjaga hati pelawat dan pembaca. Tanpa pembaca, siapalah blog kita. Betul tak? (kalau betul, senyum 4 kali.. huhuhu)


Selain itu juga, pemasangan iklan yang terlampau banyak juga akan memberatkan blog atau web. Terdapat blogger profesional yang memang tidak suka memasang iklan diblog mereka.

Namun begitu, jika iklan dapat disusun dengan baik, ia bukan sahaja mampu memberi pendapat yang baik tetapi juga mencantikkan blog. Jika dilihat template-template pro/premium, memang telah dimasukkan ruangan-ruangan khas untuk iklan.


Apa pendapat anda?


EmoticonEmoticon