09 February 2011

Berkampung di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Berkampung? Boleh diguna la kot perkataan tersebut kerana yang terlibat berada di Avillion Admiral Cove ini.

Ini adalah kali pertama Sop singgah di hotel ini. Pandangan pertama dengan hotel ini ialah sangat menarik.
Apa yang menarik?

  • Keindahanan kawasan - Kawasan hotel ini sangat bersih dan menarik
  • Permandangan - Walaupun tiada pantai di hotel ini tetapi boleh melihat laut dan 'parking kapal'. Terdapat banyak kapal yang singgah dari pelbagai jenis.
  • Bilik - Bilik hotel ini sangat menarik dan bersih. Kemudahan yang disediakan dalam bilik hotel juga sangat selesa. Ruang bilik juga sangat luas. 
  • Kemudahan - Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, dewan, parking yang luas, internet kabel, rancangan TV menarik, WiFi di dewan dan lain-lain
  • Ruang makan - Cafe yang selesa dan luas. Menu makanan juga adalah memuaskan

Namun begitu, dewan dan kantin dengan tempat penginapan adalah berasingan. Kami perlu berjalan turun dari hotel ke dewan sebelah.

Secara keseluruhan, hotel ini sangat menarik dan dicadangkan kepada semua untuk singgah. Untuk rate harga, sila lawat laman web Avillion Admiral Cove.

Galeri gambar:
Permandangan dari bawah hotel

Ruang tengah di bawah hotel

Permandangan dari bilik

Reception hotel


Kolam renang

Ruang kolam untuk kanak-kanak

Bangunan hotel penginapan

Bilik air yang sangat menarik

Ruang menonton dan meja kerja

Tingkap sliding untuk mengambil angin luar

Singki disediakan

Ruang yang sangat selesa

Ruang katil boleh ditutup

Permandangan di waktu petang dari bilik


Ruang dewan yang mempunyai 2 aras

Permandangan dari luar lobby


EmoticonEmoticon