17 February 2011

Berada di Concorde Inn KLIA

Salam 1 Malaysia rakan-rakan.
Hari ini hingga Jumaat ini, Sop akan berada di Concorde Inn Kuala Lumpur International Hotel atas urusan kerja. Ini adalah kali kedua Sop menginap di sini. Sebelum ini, Sop pernah berada di sini pada tahun 2008. Agak lama juga tidak ke sini.

Paling yang menjadi tarikan berada di Concorde Inn ialah variasi makanan yang disediakan di cafenya. Berbanding dengan hotel-hotel yang Sop pernah singgah, di Concorde Inn adalah yang terbaik dari segi jenis makanan. Menu yang disediakan terdiri dari pelbagai jenis. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih atau menjamah semuanya (mampu ker?)

Perjalanan ke Sepang ini bermula petang tadi. Oleh kerana jadual bermula pada belah malam, Sop bertolak agak lewat. Lagipun, dari Kuala Lumpur ke Sepang hanya memakan masa 45 minit sahaja. Sampai sahaja di hotel, Sop terus daftar masuk. Selepas masuk bilik dan tinggalkan barangan, terus ke cafe untuk makan malam. Menu yang disediakan tetap seperti dulu iaitu perlbagai jenis makanan disediakan. Oleh kerana kesuntukkan masa untuk program malam ini, tidak semua menu dijamah. Hanya makan nasi dengan beberapa jenis lauk seperti udang, ketam, sotong, ikan dan sayur. Kemudian cuci mulut sikit dengan kuih dan air kopi.

Untuk makluman, hotel ini berada berdekatan dengan KLIA dan LCCT. Shutter disediakan dari KLIA ke sini. Perjalanan hanya memakan masa 3 minit sahaja dari KLIA dan 15 minit dari LCCT.

Hotel Concorde Inn lebih kepada jenis resort iaitu bilik hotel 1 tingkat sahaja. Kawasannya sangat luas dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam renang, dewan, kedai runcit, gym dan sebagainya. WiFi adalah berbayar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Concorde Inn, sila lawat di sini.

Galeri gambar:















EmoticonEmoticon