21 February 2011

Azwar kena test darah

Pagi tadi, Azwar dibawa ke klinik kerana telah 3 hari demam masih belum sembuh. Setelah pemeriksaan, doktor mencadangkan untuk Azwar dibuat pemeriksaan darah kerana demam hampir 3 hari. Ini untuk memastikan tiada demam yang berbahaya seperti denggi. Doktor di klinik telah membuat surat rujukan untuk perkara tersebut.

Tadi selepas Magrib, Azwar di bawa ke Gleneagles Ampang untuk ujian darah. Semasa pemeriksaan di Gleneagles, demam Azwar agak panas iaitu 39.4. Selepas memasukkan ubat buntut, tangan Azwar dicucuk untuk mengambil darah. Sop sangat kagum apabila Azwar tidak menangis semasa dicucuk. Malah apabila ditanya Azwar sama ada sakit atau tidak, dia menyatakan tidak sakit.

Kami perlu menunggu 30 minit untuk mengetahui keputusan ujian darah. Disamping itu, kami berdoa agar keputusan ujian darah adalah baik. Setelah dipanggil, keputusan ujian menunjukkan tiada kesan-kesan denggi atau penyakit lain. Hanya 3 perkara sahaja yang agak kurang dari paras normal. Salah satu kekurangan Azwar ialah paras darah yang rendah.

Sekurang-kurangnya kali lega kerana tiada perkara yang serius pada Azwar. Doakan semoga Azwar cepat sembuh..

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon