28 February 2011

Agak susah nak iklan di mudah.my?

Ini adalah kali pertama Sop menggunakan perkhidmatan laman iklan Mudah.my. Sebelum ini, Sop ada membantu rakan pejabat mengiklan motosikal untuk dijual. Malah, sebelum ini Sop merupakan pengguna utama mencari barang-barang untuk dibeli di Mudah.my.

Kelmarin Sop cuba iklankan iPad yang ingin dijual. Selepas memasukkan maklumat iklan, Sop terima emel untuk pengesahan. Selepas menunggu sehari, Sop mendapat emel untuk pengesahan IC dan meminta emel gambar IC. Selepas itu, petang tadi Sop mendapat miss call dari private number. Malam ini Sop membuka emel dan mendapat emel dari Mudah.my yang menyatakan iklan Sop tidak diterima kerana panggilan pegesahan tidak diangkat.

Apabila melalui semua ini, Sop dapat nyatakan yang Mudah.my agak tegas dalam membanteras SPAM. Mungkin banyak kes-kes penipuan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menjadikan Mudah.my lebih berhati-hati. Mungkin kerana terlalu berhati-hati menyukarkan pengguna?

Berdasarkan emel yang diterima, pihak Mudah.my melakukan pengesahan hanya kepada pengguna yang mencurigakan. Apa-apapun, Sop sentiasa berpandangan positif.

Malam ini, Sop cuba menghantar sekali lagi untuk memasukkan iklan. Semoga iklan Sop diterima. :)


EmoticonEmoticon