06 January 2011

Review HTC Aria: Rumusan

Sejak Sabtu lepas, Sop telah sedikit sebanyak membuat review mengenai telefon pintar HTC Aria. Untuk makluman, HTC Aria ini bukan Sop yang punya tetapi Nuffnang. Sop mempunyai 2 minggu untuk menggunakan HTC Aria ini membuat sebanyak entry yang mungkin. Oleh itu, Sop telah pastikan bahawa entry review HTC Aria ini dikeluarkan setiap hari. Untuk membaca keseluruhan review dari awal, sila rujuk di sini.

Secara keseluruhan, Sop sangat berpuas hati dengan HTC Aria ini. Sejak dari awal entry mengenai HTC Aria, kebanyakkan Sop sentuh tentang kelebihan dan kecanggihannya. Teknologi yang terkini yang diguna sangat memudahkan dan membantu urusan kita. Antara aplikasi dan program yang membantu kehidupan seharian selain dari membuat dan menerima panggilan adalah seperti berikut:

  • SMS/MMS
  • Gambar/Video
  • Internet/Email/Feed News/Cuaca/Bursa [WiFi & Data]
  • GPS
  • Phone Office
  • Kalendar dan acara
  • Alarm dan peringatan
  • Musik
  • Radio FM
  • Kalkulator
  • Java
Terdapat banyak lagi program-program yang boleh dipasang sesuai dengan OS Adroit ini yang memudahkan urusan harian. Setakat yang Sop nyatakan di atas adalah asas yang terdapat dalam HTC Aria.

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, pastikan anda menggunakan semua aplikasi dan kecanggihan yang ada. Seop sering terjumpa mereka yang menggunakan telefon pintar tetapi hanya guna telefon tersebut untuk tujuan asas sahaj iaitu panggilan dan SMS.

Hari ini adalah hari terakhir Sop menggunakan HTC Aria ini kerana esok adalah hari pemulangan kepada Nuffnang. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Belum lagi puas menggunakan HTC Aria ini tetapi terpaksa memulangkannya. 

Boleh tak agaknya jika tak perlu pulang HTC Aria ini kepada Nuffnang? Kiranya Nuffnang hadiahkan kepada Sop sebagai kenang-kenangan? huhuhu [bertuah kalau dapat...huhuhuhu]

Kepada yang berminat dengan HTC Aria ini, anda boleh mendapatkannya dengan DiGi yang menawarkan pakej smartphone dengan harga yang istimewa. Untuk maklumat lanjut, sila lawat di sini.



EmoticonEmoticon