16 January 2011

Pertanyaan: Setup Data Internet BlackBerry Bold 9700

Sop ingin memohon bantuan rakan-rakan untuk setup Internet untuk talian Maxis bagi BlackBerry Bold 9700. Untuk makluman, Sop tidak bercadang untuk menggunakan plan BlackBerry kerana buat masa ini telah memiliki plan iPad dan juga broadband. Hendak buat apa lagikan?

Oleh itu, penggunakan data internet biasa pun sudah mencukupi bagi BlackBerry tersebut iaitu untuk sekali sekala membuat post update facebook atau twitter sahaja.

Masalah berlaku ialah apabila cuba lawat internet, mesej berikut akan dipaparkan:


Boleh sesiapa boleh bantu bagaimana hendak setup?

Sop telah hubungi Khidmat Pelanggan Maxis dan dimaklumkan setting telah tersedia ada dalam BlackBerry. Beliau galakkan mengambil data plan BlackBerry tetapi seperti penerangan di atas, Sop tidak berhajat menggunakannya. Arahan beliau meminta membuat "hard reset" iaitu membuka bateri telefon semasa tanpa mematikan telefon. Malangnya, masih gagal.

Sop juga telah melawat laman setup memalui web Maxis tetapi mendapat mesej "Tiada setting bagi BB 9700".

Harap kepada sesiapa yang boleh bantu menyelesaikan masalah ini, sila tinggalkan komen yer. Terima kasih


EmoticonEmoticon