14 January 2011

Lepas pakai tolong tarik tali

"Lepas pakai tolong tarik tali"
Macam mana jika tali tiada? Mungkin Sop menjadi sedikit lurus bendul kerana terlalu mengikut peringatan tersebut! huhuhuh


Macam mana nie? Tali tak ada la... huhuhuh

Walaupun peringatan tersebut mengelirukan, sepatutnya pengguna tandas seharusnya tahu tanggungjawab selepas menggunakannya. Tidak semua tandas dipaparkan peringatan. Adakah jika tiada peringatan, kita tidak perlu memastikan tandas bersih?

Perkara ini terjadi di tandas-tandas awam. Tidak kira di pasar raya, kedai mamak, masjid atau surau, stesyen minyak dan sebagainya, amalan menjaga kebersihan perlu sentiasa dijadikan amalan. Jika di rumah, boleh pula menjaga kebersihan tandas?

Apabila menggunakan tandas-tandas awam, pasti kita akan terserempak dengan tandas tidak di 'flush'. Akibatnya, kita tidak selesa untuk menggunakannya. Lebih teruk lagi jika tandas tersebut di kedai makan! Pastikan makan dahulu sebelum ke tandas untuk mengelak dari hilang selera makan.. huhuhuhuh!


EmoticonEmoticon