Cerpen: Bukan indah #1
"Hidup adalah dugaan, setiap yang terjadi ada hikmahnya".
Aku berasal dari sebuah perkampungan terpencil. Keluarga hidup dalam serba kekurangan. Bapa hanya seorang pengutip madu hutan untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Aku adalah anak yang sulung dan tidak pernah bersekolah. Pernah aku ajukan persoalan kepada ibuku kenapa aku tidak bersekolah seperti rakan-rakan lain?
"Kita orang susah nak, ayah kamu tidak mampu hendak membeli pakaian sekolah, buku sekolah, yuran sekolah."
Adik-adik aku mampu ke sekolah atas bantuan badan kebajikan. Semasa zaman aku dulu, bapa tidak pernah ditawarkan bantuan dari manan-mana sumber. Walaupun begitu, aku gembira kerana mereka tidak seperti aku yang sejak kecil membantu bapaku mencari madu.
Kini, aku telah berusia 16 tahun dan masih membantu bapaku mencari madu di hutan. Tugas-tugas utama mendapatkan madu hingga menjualnya di pekan kini dilakukan aku. Pendapatan kami mampu menyara kehidupan kami sekeluarga. Cukup untuk makan walaupunlauk sekadar nasi dan ikan masin, pakai cukup walaupun hanya setahun sekali kami merasa pakaian baru. Kadang kala, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga miskin? Beruntung kepada mereka yang dapat hidup dalam keluarga serba lengkap. Kadang kala aku cemburu dengan rakan-rakan seusia aku.
Perlukah aku keluar dari kemiskinan ini?
Apa peluang yang aku ada?
Pendidikan tiada, kemahiran? Hanya mencari madu!
Sila beri pendapat anda untuk sambungan seterusnya...

EmoticonEmoticon