20 January 2011

Cerpen: Bukan indah #4

Oh, dimanakah aku sekarang?
Soalan tersebut kembali menjadi tanda tanya. Aku merasakan cukup asing berada di sini. Suasana amat berlainan, orang di sini, rumah ini...

Setelah beberapa hari berada di sini, kesihatan aku semakin pulih. Selama itu juga, keluarga Pak Rahim menjaga dan mengubati aku. Tidak sangka, Pak Rahim seorang bomoh yang hebat. Aku dirawat hanya menggunakan teknik tradisional iaitu urutan dan minuman herba. Hari ini, aku mampu berjalan perlahan-lahan. Cempaka juga turut banyak membantu aku.

Hubungan aku dengan Cempaka semakin mesra. Aku semakin menyukainya. Bukan kerana wajah yang menawan! Bukan kerana beliau anak ketua kampung tetapi budi pekerti beliau. Setiap perbuatan dan tutur kata Cempaka sangat tertib dan sopan. Selama ini, aku tidak pernah berjumpa dengan seorang gadis bersifat sedemikian.

Di kampung aku, ada beberapa anak dara yang cukup menjadi kegilaan pemuda-pemuda kampung. Walaupun cantik dari segi fizikal, tetapi perlakuan sangat tidak sesuai. Apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan, terpekik sana, melalak sini. Aku sendiri pernah diejek mereka!

"Assalamualaikum... jauh termenung.." tegur Cempaka
"Waalaikumussalam.. oh, Cempaka. Abang sedang teringatkan kampung."
"Rindukan keluarga Abang?"

Bagaimana agaknya keluarga aku sekarang?
Telah sihatkah ayah aku?
Mampukah beliau mencari madu seorang diri?

"Abang... teringatkan keluarga Abang?"
"Maafkan Abang.. cuma risau keadaan keluarga. Telah hampir seminggu Abang di sini, mungkin mereka risaukan Abang." jawabku ikhlas.
"Hari ini, Cempaka hendak bawa Abang keluar rumah, lihat sekitar kampung. Hampir seminggu Abang berada di dalam rumah. Ayah pun pesan tadi, minta Cempaka bawa Abang jalan-jalan untuk menguatkan otot belakang Abang."
Aku hanya mengangguk setuju.

Pertama kali aku melihat sekitar kampung ini, aku sangat teruja. Kampung yang bersih dan suasana yang segar. Suasana kampung juga masih seperti zaman tradisional. Rumah-rumah juga unik, tiada pengangkutan kelihatan. Penduduk juga sentiasa tersenyum memberi teguran.

"Apa nama kampung ini Cempaka?" Soal aku bila kami singgah di tepi sebuah sungai.
"Bukan Indah." Jawab Cempaka ringkas.

Bukan Indah? Tidak pernah aku dengar sebelum ini. Aku sekarang bukan berada di Malaysia kah? Takkan aku jatuh dari pokok terus terpelanting jauh ke negara lain? Tidak mungkin aku sesat di hutan pada hari tersebut? Pelbagai soalan mula terlontar difikiran aku.

"Cempaka... hari itu semasa Cempaka jumpa Abang jatuh di mana yer?"
"Cempaka jumpa Abang di hujung kampung ini. Masa itu, Cempaka sedang mencari pokok hutan untuk ubat-ubatan ayah."
"Boleh Cempaka tunjuk kepada Abang tempat tersebut?" tanya aku

Belum sempat kami ke sana, keadaan menjadi riuh rendah. Kedengaran suara orang ramai mencari perlindungan.

"Abang..! cepat, kita perlu pulang segera."
"Kenapa Cempaka? Apa yang terjadi?"

...... bersambung


EmoticonEmoticon