04 January 2011

Azfar ke pra sekolah hari ini

Pagi ini, sesi pendaftaran pra sekolah bermula pada jam 8.30 pagi. Namun begitu, kami keluar lebih awal untuk keluar bersarapan dahulu. Azfar yang bersemangat untuk bersekolah tiada masalah pagi ini untuk bersiap. Beliau kelihatan bersedia untuk ke sekolah.

Namun begitu, keadaan agak kecoh apabila Azwar yang turut bangun pagi untuk ke sekolah juga. Azwar sememangnya hendak sangat ke sekolah apabila mengetahui Azfar akan ke sekolah. Oleh itu, kami turut siapkan Azwar seolah-olah akan ke sekolah juga namun kami menghantar Azwar ke rumah pengasuh. Kesian Azwar! Tahun depan Sop akan hantar!

Di sekolah, sesi taklimat kepada ibubapa bermula pada jam 9.00 pagi di bilik media. Kami dimaklumkan bahawa bilik pra sekolah mengalami kerosakkan dan akan menggunakan bilik tersebut buat sementara.

Kanak-kanak nampak ceria dan bersemangat. Ada yang mempunyai rakan dan ada yang mula bermain. Semasa sesi taklimat, ada kanak-kanak yang mula menunjukkan keaktifan mereka. Selesai sesi taklimat, 4 orang ibubapa dipilih untuk menjadi AJK program pra sekolah. Duit sumbangan juga dibayar selepas sesi taklimat tersebut.

Waktu persekolahan bagi pra sekolah ialah jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon