13 December 2010

Siapa minat Ben 10?

Ben 10 antara cerita kartun yang diminati oleh kanak-kanak hari ini. Malah menjadi ikutan seperti cara berpakaian dan cara bercakap.

Itu yang terjadi kepada Azfar dan Azwar yang sangat sukakan cerita Ben 10 ini. Antara yang selalu dibeli ialah jam Ben 10. Rasanya dah lima jenis jam Ben 10 yang telah dibeli kepada mereka. Azfar selalu juga menggunakan tag line Ben 10 iaitu "Oh man..!" Malah terdapat baju Ben 10 yang menjadi koleksi Azfar dan Azwar.

Anda bagaimana pula?

Hari berikut, kami sempat bergambar dengan patung Ben 10 yang dipamerkan di Jaya Jusco Wangsa Maju.



EmoticonEmoticon