26 December 2010

Sesi Pendaftaran UPSI

Sesi pendaftaran pelajar baru UPSI bermula hari ini.
Sop masuk UPSI ker?

Tidak, sebenarnya Sop hantar anak sedara daftar hari ini. Perjalanan dari KL bermula pada jam 10.00 pagi. Tiba di Tanjung Malim pada jam 11.00 pagi. Oleh kerana sesi pendaftaran pada jam 12.30 tengah hari, kami terpaksa menunggu sebelum dibenarkan masuk.

Tepat jam 12.30 tengah hari, sesi pendaftaran pun bermula. Ibubapa disediakan ruang menunggu dan terdapat DJ yang menghiburkan kami dengan alunan muzik. Terdapat juga ruang jualan yang mana pelbagai barangan dijual.

Kelihatan ramai ibubapa yang sedang menunggu. Ramai juga yang sedang sibuk mengangkat barang-barang di bawa ke kolej kediaman.

Cuaca hari ini adalah baik. Urusan dapat diselesaikan dengan lancar. Tahniah kepada UPSI yang telah mengurus dengan baik.

Sent from my HTC






EmoticonEmoticon