19 December 2010

Menonton wayang: TRON

Sudah menonton filem Tron?
Kami baru sahaja menonton filem tersebut semalam di TGV KLCC.

Secara keseluruhan, cerita Tron adalah menarik dari segi jalan cerita dan juga kesan-kesan khas yang ada.

Ia mengisahkan pencipta game terkenal pada tahun 1982 iaitu Flynn tiba-tiba hilang. Rupanya beliau telah tersekat dalam dunia Grid yang dicipta beliau. Anak beliau iaitu Sam telah menjumpai jalan masuk ke Grid secara tidak segaja dan akhirnya berjumpa dengan bapanya. Bapa Sam tidak berjaya kembali ke dunia kerana telah dikhianati oleh ciptaan beliau sendiri.

Mereka akhirnya cuba untuk kembali ke dunia. Namun begitu, mereka terpaksa menempuhi beberapa halangan. Adakah mereka berjaya? Jom singgah ke pawagam terdekat! huhuuh

Semasa berada di Grid, kesan-kesan khas filem sangat menarik. Ia sesuai untuk memamparkan dunia maya digital yang mereka berada.

Galeri gambar:




EmoticonEmoticon