08 December 2010

Lawat Hong Kong: Ronda-ronda Ladies Market

Selepas kami singgah di Avenue Of Stars (entry sebelum ini), aktiviti malam di Hong Kong diteruskan dengan menuju je Ladies Market. Untuk ke sana, kami menggunakan pengangkutan MTR. Selepas keluar dari stesyen MTR, terpaksa bertanyakan kepada peniaga di kawasan situ kerana tidak tahu arah yang perlu dituju.

Ladies Market merupakan tempat berniaga di kaki lima yang menjual pelbagai jenis barangan. Ia lebih kurang seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara barangan yang dijual seperti baju, cederamata, permainan, topi dan sebagainya. Terdapat juga barangan tiruan yang dijual seperti beg dan jam. Mereka hanya memamparkan katelog dan pembeli boleh memilihnya. Jika berkenan, baru barang tersebut dibawa kepada pelanggan.

Jarak gerai berniaga di situ agak panjang dan kami hanya ronda sehingga separuh sahaja. Kebanyakkan kedai menjual jenis barangan yang sama sahaja.

Barang yang kami beli dari Ladies Market hanya freeze magnet dan key chain sahaja. Selesai meronda, kami kembali ke penginapan untuk berehat.

Ikuti perjalanan hari kedua di Hong Kong dengan melawat Disneyland Resort Hong Kong dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon