01 December 2010

Lawat Hong Kong: Perjalanan ke Macau

Salam 1 Malaysia rakan-rakan. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Sempena cuti sekolah ini (walaupun anak-anak belum bersekolah), kami sekeluarga bercuti ke Hong Kong 1 Dis - 6 Dis 2010. Tempahan tiket murah Air Asia ini telah dibuat sejak awal tahun lagi.

Perjalanan bermula dari jam 3.00 pagi dari rumah bertolak ke LCCT. Perjalanan dari KL ke LCCT memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai ke LCCT, kami terus membuat daftar masuk di kaunter. Selepas daftar, kami bersarapan dahulu di Mc Donald. Kami perlu boarding sebelum jam 6.00 pagi kerana penerbangan akan berlepas pada jam 6.35 pagi.

Selepas sedikit lambat berlepas, kami selamat tiba di Macau jam 10.00 pagi selepas 4 jam perjalanan. Sepanjang penjalanan, kami hanya tidur sahaja. Maklum sahaja, malam tadi belum tidur untuk bersiap-siap. Semasa pengagihan makanan yang tempah online Air Asia, kami mengalami sedikit masalah iaitu senarai tempahan kami tiada dalam senarai Air Asia. Namun begitu, kami bernasib baik kerana ada membawa salinan tempahan online tersebut.

Untuk makluman, kami ke Hong Kong melalui Macau kerana semasa tempahan tiket dulu, harga lebih murah berbanding penerbangan terus dari KL ke Hong Kong. Lagi pun, kami boleh singgah-singgah ke Macau juga. Cuma bezanya kami perlu berhenti dan mengambil beberapa pengangkutan lain seperti teksi dan feri sebelum tiba ke Hong Kong. Bila dikira-kira semua kos pengangkutan tersebut, ia masih menjimatkan.

Ikuti perjalanan kami dari Macau ke Hong Kong dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

















EmoticonEmoticon