Lawat Hong Kong: Makan malam di Hong Kong
Entry sebelum ini ialah mengenai penginapan kami di guest house. Selepas selesai daftar masuk, kami segarkan diri dengan mandi dan berehat. Kami sempat berehat dengan melelapkan mata seketika.
Apabila bangun, hari kelihatan gelap! Kami agak kelam kabut kerana ingatkan hari telah jauh malam. Apabila jenguk jam, rupanya baru jam 6.00 petang. Di sini, waktu adalah sama tetapi masa terbit dan terbenam matahari adalah lebih cepat.
Selepas bersiap, kami keluar untuk makan malam. Keluar sahaja dari bangunan penginapan, kami ditegur oleh seorang warga Pakistan dengan memberi riasalah menu. Beliau memaklumkan bahawa makanan restorannya halal. Walaupun kami mempunyai senarai restoran halal (hasil carian internet), kami ikut ke restorannya untuk mencuba.
Restoran Mughal Club yang terletak di bangunan berhadapan penginapan kami berada di tingkat 5. Amat berbeza dengan Malaysia, restoran-restoran banyak berada di tingkat bawah tetapi di sini, kebanyakkan ia berada di tingkat atas. Jika tidak di bawah oleh pekerja restoran tersebut, kemungkinan besar kami tidak akan menjumpai restoran tersebut.
Restoran ini walaupun sempit tetapi boleh memuatkan beberapa meja dan kerusi. Keadaan adalah memuaskan. Menu pilihan kami ialah nasi beriyani ayam. Rasanya adalah baik dan kena dengan selera kami.
Bagi yang tinggal di area ini, anda tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan hahal kerana selepas kami menjamu selera, kami berjalan menuju ke Avenue Of Star. Terdapat ramai warga Pakistan yang berada di situ mengedarkan risalah restoran makanan halal.
Ikuti entry seterusnya mengenai lawatan kami ke Avenue Of Star.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon